Selang beberapa kedai dari Fat Baby Ice Cream ni adalah Cafe Grafa dan depan kedai dia pulak ada Kapten Steamboat. Masuk je kedai tak ramai orang. Yes! Bole belek2 lama sikit nak makan apa.
Sampai kat kaunter je dah nampak Salted Caramel my favourite. Server kat kaunter tu greet and teruz offer rasa dulu semua flavour sebelom decide. Baik betol. Mmg kedai ice cream akan bg kita rasa dulu, tapi inilah first time aku dioffer sebelom sempat cakap apa-apa. Kalau kat haagen-dasz, siap buat muka boring je server tu kalau mintak rasa.
Tapi aku time tu dah xnak rasa2 dah. (Sbb dah nampak salted caramel ice-cream). So aku dgn husband aku order Get Stuffed. Get Stuffed ni 5 scoop ice cream and 2 waffles.
Bila waiter tu bawa kat meja, rupanya besar betol waffle tu. Bole makan 4 orang. Aiskrim kat cni mmg sedap. Flavour dia lain dari ice-cream2 chain kat malaysia. Paling aku suka, salted caramel ice-cream. Masin tu mmg spot on dgn manis caramel tu. 2nd flavour aku suka coffee pie crust. Ice cream ni perisa coffee plus ada mcm2 pie crumble crunchy kat dalam. Sedapnya..
In the end ice cream habis, waffle ada cikit xhabis. Kalau datang 4 org, bole la order ni. Kalau setakat 2 orang, maka sure korang betol2 lapar.
Service kedai ni friendly sangat. Senyum dan sabar je server tu aku dok renung lama2 ice cream tu. Price wise, murah sikit dari baskin robbins or haagen dasz but rasa ice cream tu sedap sangat. Flavour ice creams kat cni berubah-rubah. So kalau korg ada preferred flavour, call la dulu sebelom datang nak mengelakkan kekecewaan.
P/s : nnt nak pegi lagi. Haha
No comments:
Post a Comment