Tuesday, October 27, 2015

Breakfast di Village Park Restaurant

Last 2 weeks aku and husband kena denggi. So 2 minggu jugakla kitorang dua tak lalu makan. Tak tahu la pulak bila kena denggi selera makan hilang, kalau makan pun muntah balik. So lepas baik denggi, selera makan pun pulih, mula lah nak makan macam-macam. 

Bangun pagi Ahad harituh, Husband aku cakap nak breakfast nasi lemak. Area sunway ni kalau pagi2 ahad nak cari breakfast kedai Melayu agakla susah. So pikir punya pikir, teringat Village Park nasi lemak, Bulan lepas ada la try pegi, tp disebabkan lepas jogging dalam pukul 9.30 sampai2 je Ya Allah! Orang macam ulat. Seat pun xde, so tak jadi makan.

So pagi Ahad nie. dalam pukol 8.00 kitorg pun drive. Village Park Restaurant ni locationnya di kami panggil Damansara Uptown. Sampai2 je Alhamdulillah orang tak ramai sangat. Seat pun ada. Duduk2 je waiter ambik order. Husband aku order nasi lemak biasa, aku order nasi lemak ayam goreng. Aku mintak bahagian dada, sbb aku kurang gemar bahagian peha, tp waiter tu ckp ayam bahagian peha je jual. (Eh!) xperla, aku terima seadanya.





                                                                 Nasi lemak


Nasi lemak sampai je nampak mcm sedap. Ayam tu aku kongsi ok dengan husband aku sbb besar. Rasa dia ok la..sedap. Ayam pun rangup. But aku lebih suka nasi lemak Mali sebab sambal dia manis. Aku suka kalau nasi lemak sambal manis. Husband aku makan habis sepinggan, so aku buat conclusion sedap sbb husband aku tu cerewet bab makan.

Kalau korang nak datang sini weekend, sila datang awal2, preferably sebelum pukol 9.
Restaurant ni aku tgk bukan je Melayu customers dia, Cina, India pun ramai. 

PS : Gambar xsempat snap banyak2 sbb lapar sangat. 






No comments:

Post a Comment