Wednesday, October 28, 2015

Resipi Spicy Aglio Olio Favourite

Jarang-jarang aku makan pasta kat luar, Kalau makan pun sebab malas nak masak sesangat or teringin makan sesangat. Sebabnya, mostly resepi pasta ni mudah sangat, bahan pun tak banyak macam nak buat rendang, cepat, dan bila kita masak sendiri kita tahu kita letak bahan apa.

Kali ni resipi yang nak dishare ni aku dah banyak kali buat try and error dan dah google and try banyak resipi Aglio Olio. Aglio Olio ni bermaksud Oil and Garlic. Kalau betol2 resipi org Italy diorang hanya letak Olive Oil, bawang putih and pasta. Aku suka masak pasta ni sebab senang dan pasta ni one of my husband favourite.

Resipi ni kalau tak nak pedas, tak payah masukkan cili padi. 
Air rebusan spagetti jangan dibuang. Air rebusan spagetti ni masa menggoreng masukkan dalam 2-3 senduk, nnt kuah2 spagetti tu akan berpalit di spagetti. Lagi sedap.

Spicy Aglio Olio

Bahan- Bahan (Serving : 2)

1/2 paket Spagetti
3 Sudu besar Olive Oil (Kalau tak ada pakai je minyak masak biasa)
2 Ulas Bawang Putih
1 batang cili padi (dihiris - kalau xnak pedas jangan letak)
1/2 biji Capsicum kuning 
20 biji cherry tomato (kalau suka masam lagi, letak banyak)
1/2 biji lemon
Daun Basil
Dry Italian Herb (pakai jenama McCormick)
Daun Pasli
Lada hitam
Garam
Parmesan cheese

Cara-Cara

1. Didihkan satu jug air dengan 2 sudu kecil garam (Air mesti masin macam air laut). Bila air mula menggelegak, masukkan spagetti. Rebus sampai almost masak, (Jangan terlampau masak sebab nanti kita nak goreng pulak dalam kuali. Bila dah siap toskan, air rebusan Spagetti jangan dibuang.



2. Panaskan Olive Oil dalam kuali. Masukkan bawang putih, cili padi, capsicum dan tomato. Gorengkan sekejap sehingga tomato kecut sedikit.




3. Masukkan spagetti dan 3 senduk air rebusan spagetti tadi. Kacau dan perasakan dengan lada hitam dan garam. (Hati-hati letak garam sebab air spagetti dah masin.)


4. Perahkan lemon dan masukkan daun basil, dry italian herb dan daun pasli akhir sekali.



5. Siap dimakan. Taburkan parmesan cheese sedikit sebelum makan.




BON APETITE!



Tuesday, October 27, 2015

Resipi Roti Jala Sedap dan Menjadi

Tiba-tiba rasa nak makan roti jala.
Tapi roti jala di area Sunway ni Ya Allah! Mahalnyaa... Hari tuh aku makan 5 ketol campur kuah kari kosong RM5.00. Gulp! Mahal.. Tp nak makan punya pasal beli la jugak. Lepas makan tu aku google cepat2 cemana nak buat roti jala. Siap Google youtube cemana nak menjala roti jala. 

So lepas seminggu aku study (Eceh! Study konon) Aku pun try la buat. Ternyata senang je buat roti jala ni. Cuma makan masa masa nak jala tuh. Kalau aku yg spesis mmg terkial2 nak menjala mmg lambat lah. Tapi apa pun menjadi. 


Roti Jala + Kari Ayam

Resepi roti jala ni aku ambik dari internet, tapi dah tak igt blog sapa. So, Tuan Punya Resipi, terima kasih banyak sharekan resipi. Untuk kuah kari pulak, aku pakai resipi dari mak aku, senang dan konfirm jadi.

RESIPI ROTI JALA

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning or serbuk kunyit


Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender, dan blend sampai sebati.
(Kalau tak ada blender, kacau je pakai senduk sampai sebati dalam mangkuk.)
2. Ready for menjala. Boleh pakai acuan menjala roti jala biasa or pakai botol yang jual kat kedai Daiso yang ad muncung 3.

RESIPI KARI AYAM

Bahan-Bahan

5 biji bawang merah
2 ulas bawang
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Daun kari 2 pelepah
1 paket serbuk kari ayam
Air sedikit
Santan
Ayam setengah ekor
kentang 2 bijik
2 keping asam keping
Garam & gula

Cara-cara

1. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga sampai naik bau.
2. Campurkan rempah kari dengan sedikit air sampai jadi bentuk pes, dan masukkan ke dalam bahan tumis dengan daun kari.
3. Tumis dengan api perlahan, sampai garing dan pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan kentang. Masak sampai ayam tu kecut cket dan masukkan santan and asam keping
5. Kacau dan masak dengan api perahan. (api kena perlahan kalau tak santan pecah minyak)
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa,







Breakfast di Village Park Restaurant

Last 2 weeks aku and husband kena denggi. So 2 minggu jugakla kitorang dua tak lalu makan. Tak tahu la pulak bila kena denggi selera makan hilang, kalau makan pun muntah balik. So lepas baik denggi, selera makan pun pulih, mula lah nak makan macam-macam. 

Bangun pagi Ahad harituh, Husband aku cakap nak breakfast nasi lemak. Area sunway ni kalau pagi2 ahad nak cari breakfast kedai Melayu agakla susah. So pikir punya pikir, teringat Village Park nasi lemak, Bulan lepas ada la try pegi, tp disebabkan lepas jogging dalam pukul 9.30 sampai2 je Ya Allah! Orang macam ulat. Seat pun xde, so tak jadi makan.

So pagi Ahad nie. dalam pukol 8.00 kitorg pun drive. Village Park Restaurant ni locationnya di kami panggil Damansara Uptown. Sampai2 je Alhamdulillah orang tak ramai sangat. Seat pun ada. Duduk2 je waiter ambik order. Husband aku order nasi lemak biasa, aku order nasi lemak ayam goreng. Aku mintak bahagian dada, sbb aku kurang gemar bahagian peha, tp waiter tu ckp ayam bahagian peha je jual. (Eh!) xperla, aku terima seadanya.





                                                                 Nasi lemak


Nasi lemak sampai je nampak mcm sedap. Ayam tu aku kongsi ok dengan husband aku sbb besar. Rasa dia ok la..sedap. Ayam pun rangup. But aku lebih suka nasi lemak Mali sebab sambal dia manis. Aku suka kalau nasi lemak sambal manis. Husband aku makan habis sepinggan, so aku buat conclusion sedap sbb husband aku tu cerewet bab makan.

Kalau korang nak datang sini weekend, sila datang awal2, preferably sebelum pukol 9.
Restaurant ni aku tgk bukan je Melayu customers dia, Cina, India pun ramai. 

PS : Gambar xsempat snap banyak2 sbb lapar sangat.