So lepas beli barang tuh, jalan2 la kejap. Rasa nak makan menda manis, so aku jengukla kejap kedai2 yang jual kek tuh. Padam kejap niat nak beli kek sbb tgk harga mahalnya. Kalau kek yg letak berries2 ke kacang2 ke paham jugak la mahal. Ini setakat kek biasa letak buttercream pun RM16.90. Tiba2 rasa marah pulak Haha. Aku bukannya mengira pasal makan ni..tp rasanya melampau sangat harga kek tuh. Agak2 la nak letak harga kan.
So dengan nekadnya lepas tu aku gi kedai barang baking supplies beli barang-barang nak buat kek. Tak sampai rm 20 pun cost semua barang tuh. So balik, malam tu teruz aku buat. Nak makan sepotong kek punya pasal dah jadi sebijik kek sbb marah harga kek mahal sangat. Haha. Resipi ni mudah jer. Aku dapat dari Tastemade. Kalau birthday ke nak rai apa2 ker aku rasa sesuai sangat but kek tuh sbb cantik dan sedap.
Kek ni lembut dan moist. Kalau tak nak manis sangat, bole kurangkan gula.
Bab menghias ni ikot suka la. Kalau aku, aku just letak je icing in between 2 kek tuh dan keliling, dan tabur sikit sprinkles. Kalau korg rajin nak pipe ke nak hias macam2 ke, buat lahh.
Resipi Kek Funfetti (FROM TASTEMADE.COM)
1/2 cawan butter (110 gram)
1 1/2 cawan gula (300gram)
3 biji telur
1tsp vanilla extract
3 1/2 tsp baking powder
1 tsp garam
2 1/4 cawan (285g) tepung serbaguna
1 1/4 cawan susu (300 ml) or buttermilk
2/3 cawan (160ml) rainbow sprinkles
Hiasan:
1/2 cawan butter (110 gram)
4 cawan gula aising (480 gram)
1 tsp vanilla
1/4 cawan susu (60 ml)
Sedikit sprinkles untuk hiasan
Oven : 180 C
Cara - cara
1. Pukul butter sedikit. Masukkan gula dan pukul sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu, dan pukul sampai sebati. (jangan lama sangat, cukup sampai telur tuh dah sebati. Kalau tak nanti kek keras)
3. Masukkan baking powder, garam, dan vanilla extract. Kacau dengan spatula(bukan pukul yer) sebati.
4. Masukkan tepung, selang selikan dengan susu dan kacau sampai sebati.
5. Masukkan sprinkles dan kacau sebati.
6. Letakkan adunan dalam 8 inci dulang pembakar bulat dan bakar selama 30 minit atau sampai kek masak.
Icing
1. Pukul butter sekejap (butter kena suhu bilik yer, kalau tak berketol2.
2. Masukkan gula icing satu cawan dan pukul, bila dah sebati, masukkan lagi satu cawan dan pukul lagi, sampai habis 4 cawan. Masukkan susu dan vanilla extract dan pukul sampai jadi kaler putih or nak dekat2 putih.
Siap untuk di hias.
Betul ke 3 setengah sudu kecil baking powder?
ReplyDelete